Jarang Diketahui, Apakah Wanita Haid Bole Masak Untuk Orang Berpuasa? Simak Ulasan Berikut

Minggu 17 Mar 2024 - 04:10 WIB
Reporter : Debi Susanto
Editor : Ependi

RADARUTARA.BACAKORAN.CO - Mungkin selama ini, kita masih ragu dan bahkan ada yang belum tau, apa wanita yang sedang haid atau menstruasi boleh masak makanan bagi orang yang sedang menjalankan ibadah puasa?.  

Diantara keistimewaan kaum hawa adalah haid. 

Ia adalah kitaran normal bagi setiap perempuan apabila sudah mencapai umur akil baligh. Nabi SAW bersabda :  

"Ini (kitaran haid) adalah sesuatu yang telah Allah SWT tetapkan bagi anak cucu perempuan Adam.”

Bagi mereka yang datang haid, tidak dibenarkan untuk melakukan beberapa perkara yang biasa dilakukan ketika suci.  

BACA JUGA:TNI-Polri Pantau Kedatangan Kapal MH Thamrin

BACA JUGA:Mendagri Buka Opsi Pergeseran Anggaran

Perkara yang dilarang dilakukan ketika haid ialah :

Menunaikan solat sama ada solat fardu atau solat sunat, tawaf, memegang mushaf Al-Quran, duduk di ruangan masjid, membaca Al-Quran, puasa, melintasi masjid jika takut mengotorkan masjid dan Bergaul bersama suami (Rujuk Al-Taqrirat Al-Sadidah Fi Al-Masail Al-Mufidah, hlm 172-175)

Kesemua perkara ini, tidak boleh dilakukan semasa fatrah haid dan apabila suci maka ia nya boleh dilakukan seperti biasa.

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, seorang perempuan yang sedang haid tiada masalah dan tidak menjadi halangan untuk memasak.  

Memasak bukannya perkara yang dilarang bagi perempuan yang haid. Al-Bujairimi menyebut :

BACA JUGA:Menghilangkan Bau Mulut Saat Puasa! Ikuti 5 Tips Berikut Ini...

BACA JUGA:Jawa Tempo Dulu di Pasar Papringan

“Orang Yahudi apabila wanita mereka datang haid, mereka tidak akan makan bersama mereka dan tidak akan tinggal di dalam rumah. Orang Nasrani pula menghalalkan semua perkara termasuklah bersetubuh. Maka rusaklah syariat dengan sikap terlalu ketat orang Yahudi dan sikap terlalu longgar orang Nasrani”. (Rujuk Tuhfah Al-Habib ‘Ala Syarh Al-Khatib, 3/288)

Kategori :