Jarang Diketahui, Apakah Wanita Haid Bole Masak Untuk Orang Berpuasa? Simak Ulasan Berikut
Ilus Hiad-Prenagen-
“Orang Yahudi apabila wanita mereka datang haid, mereka tidak akan makan bersama mereka dan tidak akan tinggal di dalam rumah. Orang Nasrani pula menghalalkan semua perkara termasuklah bersetubuh. Maka rusaklah syariat dengan sikap terlalu ketat orang Yahudi dan sikap terlalu longgar orang Nasrani”. (Rujuk Tuhfah Al-Habib ‘Ala Syarh Al-Khatib, 3/288)
Ini berdasarkan peristiwa yang diceritakan sendiri oleh Anas Bin Malik.
Beliau berkata :
“Sesungguhnya orang-orang Yahudi apa wanita mereka datang haid mereka tidak akan duduk makan bersama wanita mereka (dan tidak akan makan masakan mereka) dan mereka juga tidak akan bergaul serta tidak duduk bersama. Maka para sahabat bertanya kepada Nabi SAW. Lalu Allah SWT menurukan ayat : Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat". BACA
JUGA:Pelabuhan Berkelas Dunia Ada di Makassar
BACA JUGA: Jaminan Pupuk Bersubsidi Cukup
Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu. Lantas Nabi SAW bersabda :
"Buatlah apa sahaja (dengan isteri kalian yang sedang haid) kecuali nikah (bersetubuh).”
Imam Al-San’ani menyebut berkenaan dengan hadis bahawa tidak dibenarkan adalah bersetubuh maka selain dari itu adalah dibenarkan untuk duduk bersama mereka, makan masakan mereka dan lain-lain. (Rujuk Subul Al-Salam Syarh Bulugh Al-Maram Min Adillah Al-Ahkam, 1/104)
“Dan tidak diharamkan masakan orang yang sedang haid..” (Rujuk Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifah Alfaz Al-Minhaj, 2/35).
BACA JUGA:Pendaftaran Akademi TNI 2024 Segera Dibuka, Berikut Syarat dan Caranya
BACA JUGA: Beasiswa Unggulan Segera Dibuka, Berikut Syarat dan Ketentuannya
Kesimpulannya, perempuan yang sedang haid dibolehkan untuk memasak. Keadaan mereka itu tidak menghalang untuk melakukan aktivitas lain seperti memasak dan sebagainya.
Syara’ hanya membataskan agar tidak melakukan beberapa perkara sepanjang mereka haid. Adapun selain daripada itu adalah dibenarkan.
Semoga artikel ini bermanfaat bagi kita dan dapat pengalaman bagi kita,Itulah beberapa keterangan yang dapat disimpulkan. (*)